Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:11Dua individu bertindak mengganggu Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki ketika menyampaikan ucapan.
00:21Empat anggota polis direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000.
00:28Anak bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tundaim Zainuddin, Asnida, 65 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis penyisytiharan harta
00:39membabitkan pegangan saham di lima syarikat tiga tahun lalu.
00:44Perjalanan seorang warga emas untuk menghantar dua cucu saudara ke sebuah sekolah dengan menaiki motosikal berakhir apabila dua daripada mereka
00:52maut dalam kemalangan di Jalan Padang Sanai dekat Kuala Nerang pada Selasa.
00:57Rasuah di negara ini tidak dapat dibanteras secara berkesan tanpa kepimpinan yang tegas serta kesungguhan politik yang jelas dan tidak
01:06berkompromi.
01:08Tekanan terhadap harga barangan khususnya makanan dan minuman dijangka lebih dirasai dalam tempoh terdekat susulan perkembangan konflik di Asia Barat.
01:18Operasi pemenihan awan yang dilaksanakan sejak Isnen mula menunjukkan hasil apabila paras air empangan di Perlis dan Kedah mencatat peningkatan
01:27walaupun masih kecil.
01:29Bekalan minyak negara dijangka kekal stabil sehingga Jun ini meskipun berdepan kemungkinan gangguan harga dalam tempoh terdekat.
01:39Indonesia sedang mempertimbang pemotongan gaji menteri sebagai langkah mengetatkan fiskal.
01:44Seorang penyerang terbunuh manakala dua anggota polis cedera ringan dalam insiden tembakan berhampiran konsilid Israel di Istanbul, Turki pada selasa.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended