00:00Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamarudin, untuk menyemak semula perintah membenarkan PKR, merayu keputusan Mahkamah
00:11Rayuan yang mengurangkan bayaran daripada RM10 juta kepada RM100 ribu dalam kes pelanggaran Bon Parti.
00:19Keputusan diputuskan panel tiga hakim secara sebulat suara pada selasa yang dipengerusikan Datuk Rozariah Bujang.
00:28Menerusi keputusan itu, Mahkamah Tertinggi hanya akan membenarkan semakan jika terdapat keadaan khas dan luar biasa serta bagi mengelakkan ketidakadilan.
00:38Rod Zariah berkata keputusan panel terdahulu untuk meminda draft soalan hanya bagi membantu Mahkamah Persekutuan menentukan isu berbangkit sebelum mendengar
00:47merit rayuan.
00:48Panel itu turut memerintahkan Zuraida membayar kos RM50 ribu kepada PKR dan pengurusan kes ditetapkan pada Rabu bagi menentukan tarikh
00:57pendengaran rayuan PKR.
00:59Pada 24 Jun tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada PKR untuk merayu dalam kes itu.
01:05Kes ini susulan saman difailkan bekas setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail atas dawaan Zuraida melanggar syarat
01:14pon yang ditanda tangani sebelum bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.
Comments