Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkaitan institusi diraja menerusi media sosial, bulan lepas.
Transcript
00:00Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Stesen Johor Bahru pada selasa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran
00:09komunikasi bersifat jelik berkaitan institusi diraja menerusi media sosial bulan lepas.
00:16Nurul Huda, Muhammad Bajuri, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Azhar Osman.
00:27Mengikut pertuduhan pertama, Nurul Huda menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok Ratu Puteri, Ratu Balkis dalam satu pautan secara sedar telah membuat
00:36dan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya.
00:40Bagi pertuduhan kedua, Nurul Huda juga secara sedar menggunakan aplikasi Instagram dengan nama sama membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik
00:49ke atas Sultan di Malaysia dan di Brunei serta agama Islam.
00:53Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah pangsa puri Sri Larkin Johor Bahru, Johor lebih kurang jam 4 petang pada
01:0227 Mac lalu.
01:04Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:12Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Afdalan Syafiq Azmi.
01:16Manakala tertuduh diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nurul Hidayah Muhammad Asri.
01:23Mahkamah membenarkan tertuduh diberikan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
01:31Selain menyerahkan pasport antarabangsa ke mahkamah, melapor diri di balai polis sebulan sekali serta larangan mengganggu saksi pendawaan.
01:40Mahkamah turut menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.
Comments

Recommended