Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Maybank menegaskan kesediaannya untuk menyokong pelanggan individu dan perniagaan dengan bantuan kewangan yang mudah diakses melalui pelbagai saluran susulan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa.
Transcript
00:00Maybank umumkan bantuan kewangan bagi pelanggan yang menghadapi tekanan akibat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi.
00:08Bank itu menekankan sokongan akan disediakan melalui saluran yang mudah diakses bagi memastikan pelanggan terima bantuan tepat pada masanya.
00:18Menerusi satu kenyataan, bank itu berkata bantuan termasuk pelarasan syarat pembayaran balik dan lanjutan tempoh bagi membantu pelanggan menguruskan komitmen
00:28kewangan.
00:28Pelanggan boleh membuat permohonan melalui pilihan financial relief di Maybank2U, menghubungi pengurusan perhubungan, mengunjungi cawangan Maybank atau menghubungi hotline di
00:39khidmat pelanggan di 1-300-88-6688.
00:44Saluran tersebut membantu pelanggan berinteraksi dengan bank secara mudah dan memastikan sokongan disediakan dengan tepat pada masa.
00:51Maybank menegaskan komitmen untuk menyokong daya tahan kewangan dan kestabilan serta bekerjasama rapat dengan pelanggan dan pihak berkepentingan lain.
Comments

Recommended