00:00Bertemu kembali, Kementerian Kewangan MOF menafikan dawaan bahawa terdapat permohonan umum untuk menambah had subsidi Budi Madani RON95, Budi 95.
00:12Sebaliknya, kerajaan menegaskan had kelayakan 200 liter sebulan kekal bagi memastikan subsidi disalurkan secara bersasar.
00:24Menerusi satu kenyataan, MOF menjelaskan fungsi permohonan tambahan dalam portal Budi 95 bukan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya khusus bagi kes
00:34operasi tertentu seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot.
00:38Namun, fungsi tersebut telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had secara bebas menyebabkan butang permohonan itu dinyah fungsikan.
00:46Kementerian turut menegaskan had 200 liter sebulan kekal berkuatkuasa bagi memastikan majoriti rakyat mendapat manfaat serta menjamin kestabilan bekalan.
00:56Langkah itu diambil susulan tekanan pasaran tenaga global yang meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhema.
01:04Data menunjukkan had tersebut mencukupi bagi sekitar 90% pengguna Budi 95 dengan kerajaan menanggung kira-kira RM500 subsidi bagi
01:13setiap penerima.
01:14Kerajaan turut menegaskan komitmen melindungi rakyat memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan serta memantau rapat perkembangan pasaran tenaga global.
Comments