Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan beri jaminan bekalan tenaga yang stabil sehingga akhir Mei, namun jun dan bulan-bulan seterusnya dijangka menjadi cabaran terbesar untuk negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ikhtiar sedang digerakkan untuk memastikan kelangsungan bekalan, termasuk dari sudut pengurusan permintaan atau penggunaan.
Transcript
00:00Kerajaan beri jaminan bekalan tenaga yang stabil sehingga akhir Mei namun Jun dan bulan-bulan selesai dijangka menjadi cabaran terbesar
00:07untuk negara.
00:08Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata,
00:10ikhtiar sedang digerakkan untuk memastikan kelangsungan bekalan termasuk dari sudut pengurusan permintaan atau penggunaan.
00:19Akmal Nasrullah menjelaskan, konflik di Asia Barat bukan lagi isu luar semata-mata.
00:24Sebaliknya telah berkembang menjadi krisis tenaga global yang berpotensi menjejaskan bekalan tenaga, penerbangan, logistik, makanan, ubat-ubatan serta rantaian bekalan
00:35negara.
00:36Sementara kerajaan memberi jaminan bekalan stabil untuk April dan Mei, cabaran terbesar adalah bagaimana menjamin keperluan bekalan tenaga bermula Jun
00:50dan seterusnya.
00:52Ikhtiar digerakkan untuk memastikan kelangsungan bekalan dan perlu juga diteliti dari segi pengurusan permintaan atau penggunaan.
01:07Melalui M10, pelbagai langkah mitigasi telah diteliti dan diselaraskan termasuk pemantauan harga secara berkala,
01:19penganjuran jualan harga berpatutan serta pencegahan aktiviti penyeludupan di sempadan.
01:29Semua langkah ini diambil bagi memastikan bekalan keperluan asas negara kekal stabil dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
01:41Beliau berkata demikian dalam taklimat krisis tenaga global yang disiarkan pada selasa.
01:46Dalam perkembangan berkaitan, Akmal Nasrullah berkata,
01:50M10 turut mempersetujui sokongan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia kepada firma yang terjejas.
01:56Kerajaan juga memantau stok ubat-ubatan secara berpusat,
02:00susulan kebimbangan gangguan rantaian bekalan bahan mentah farmastikal global.
02:04Selain itu, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan bekerja dari rumah bagi sektor awam bermula 15 April.
02:11UPS Tiris 4.0 turut diperkukuh bagi membantras penyeludupan barangan kawalan.
Comments

Recommended