00:00Westa Aviation Services Senyam Rahat memetrai perjanjian pembiayaan bernilai RM2 bilion dengan kumpulan M-Bank bagi mempercepat peluasan operasi.
00:11Pengarah eksekutif Westa Aviation Services, Said Muhammad Azni, Said Azman berkata, pembiayaan itu sebahagian daripada kemudahan pembiayaan bersindikit bagi menyokong
00:22pengembangan armada syarikat.
00:26Jelas beliau armada helikopter milik mereka akan diperluas untuk memperkukuh operasi serta menyokong industri yang kritikal kepada negara.
00:36Menurut Muhammad Azni, helikopter Westa menyokong sektor minyak dan gas luar pesisir, pertahanan, tindak balas kecemasan serta pelbagai sektor lain
00:45yang menggerakkan Malaysia.
00:47Justru, usaha itu bukan sekadar mengembangkan perniagaan tetapi juga memperkukuh keupayaan Westa untuk berkhidmat kepada negara.
00:56Katanya lagi, Westa menyasarkan untuk menggandakan jumlah aset kepada 64 pesawat daripada 32 dalam tempoh 2 tahun daripada pembiayaan yang
01:05diperoleh.
01:06Sementara itu, pengarah urusan perbankan borong kumpulan M-Bank, Datuk Jamziri Khalid berkata, pembiayaan RM2 bilion itu meningkatkan keupayaan operasi
01:15Westa dan memperluas kehadirannya di peringkat serantau serta global.
01:20Tambahnya, M-Bank Islami Berhad dan Aminvestment Bank Berhad menggabungkan keupayaan penstrukturan yang kukuh serta kepekaran bagi menyediakan penyelesaian kewangan.
01:30Mandat ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih mendalam pada masa depan termasuk potensi terbitan suku berskala, besar dan peluang
01:39tawaran awam permulaan atau IPO.
Comments