Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Langkah itu dibuat susulan pendedahan pada tahun 2024 melibatkan ratusan pekerja warga China yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia serta terikat dengan kontrak kerja bersifat perhambaan.
Transcript
00:00Brazil menyenaraikan syarikat otomotif dari China BYD sebagai rekod majikan dikaitkan dengan isu buruh paksa.
00:09Memetik Reuters, langkah itu dibuat susulan pendedahan pada tahun 2024 melibatkan ratusan pekerja warga China
00:17yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia serta terikat dengan kontrak kerja bersifat perhambaan.
00:27Menurut pihak berkuasa Brazil, seramai 163 pekerja terbabit diambil bekerja bagi projek pembinaan sebuah kilang otomotif milik syarikat BYD di
00:38Brazil.
00:39Senara yang diterbitkan oleh Kementerian Buruh Brazil itu dilihat bakal menjejaskan reputasi BYD khususnya di Brazil yang merupakan pasaran terbesar
00:49syarikat tersebut di luar China.
00:51Selain implikasi reputasi, tindakan tersebut juga memberi kesan kewangan apabila BYD kini disekat daripada mendapatkan pembiayaan tertentu daripada bank di
01:03Brazil.
01:04Bagaimanapun ketika ini, operasi kilang otomotif milik BYD di Brazil tidak terjejas dan masih diteruskan seperti biasa.
01:12Selain itu, BYD juga belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung isu tersebut.
01:18Dalam perkembangan sama, kontraktor yang digunakan BYD untuk mengambil pekerja berkenaan iaitu Jingjiang Group menafikan semua dawaan dalam isu terbabit.
01:29Sebelum ini, BYD menegaskan pihaknya tidak mengetahui sebarang pelanggaran hak asasi manusia dalam projek tersebut sehingga laporan media tempatan Brazil
01:40didedahkan pada penghujung November tahun lalu.
01:42Namun pihak berkuasa Brazil menegaskan tanggungjawab terhadap kebajikan pekerja terletak pada BYD yang seharusnya memantau dan menyelia setiap aktiviti kontraktor.
01:53Terima kasih.
Comments

Recommended