00:00Pemandu trailer yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan tiga sekeluarga di kilometer 212 Jalan Johor Baru, Seremban berhampiran persimpangan Taman
00:10Golden Hills, Gemas, Baharu, minggu lepas didakwa di Mahkamah Magistret Segamat pada Selasa.
00:17Muhammad Syafiq Saleh yang berusia 29 tahun menganggup faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Amalina Johar. Tiada pengakuan direkodkan
00:27kerana kes perkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:31Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh K. Mia Krishnan, istrinya S. Sevendai serta abang kepada Sevendai S. Paliamindi di lokasi
00:41berkenaan pada 3.50 petang 2 April lepas.
00:45Kesalahan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan
00:55jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
00:59Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan Mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan benda siasat, perubatan,
01:09forensik, patologi dan puspakom.
01:11Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk sepasang suami isteri maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah trailer melanggar bahagian belakang
01:20van dinaiki mangsa di persimpangan Taman Golden Hills, Gemas Baharu.
Comments