00:00Empat angkasawan misi Artemis II mencipta sejarah baru selepas berjaya melaksanakan fly-by bulan dan mencapai jarak paling jauh manusia
00:10pernah berada dari bumi.
00:11Pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan NASA memaklumkan kapsul Orion memasuki lingkungan pengaruh graviti bulan pada Isnin sebelum meneruskan pelayaran melepasi
00:21bagian gelap bulan, satu fasa penting dan paling dramatik dalam misi hampir 10 hari itu.
00:30Selepas rekod jarak baru dicapai, kru mengambil kesempatan untuk menamakan beberapa mercu tanda di permukaan bulan, termasuk satu daripadanya bagi
00:39mengenang mendiang Carol Weisman, isteri kepada komander misi Reed Weisman.
00:44Semasa meluncur di bahagian gelap bulan, kapsul Orion berada sekitar 4,000 batu di atas permukaan bulan membolehkan kru menyaksikan
00:51bumi kelihatan kecil sebesar bola keranjang di latar angkasa yang gelap.
00:56NASA berkata pengalaman visual itu bukan sahaja bersejarah, malah penting dari segi psikologi kru dan kefahaman operasi manusia dalam misi
01:04angkasa lepas jarak jauh.
01:06Flyby berkenaan merupakan kemuncak kepada misi Artemis II, penerbangan ujian berawak pertama dalam program Artemis yang bertujuan menguji sistem kapal
01:16angkasa prosedur kru dan kebolehan manusia beroperasi jauh dari bumi.
01:19Misi ini merupakan langkah penting ke arah pendaratan berawak di bulan yang disasarkan pada 2028 selain membuka jalan kepada penerokaan
01:28kemarikh pada masa hadapan.
Comments