Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
KPDN Sarawak dengan kerjasama polis merampas sebuah kapal yang disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi di Sibu. Rampasan melibatkan 132,000 liter diesel bernilai lebih RM283,000, dengan siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan kekal mencukupi dan terkawal.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Sarawak dengan kerjasama polis berjaya melaksanakan satu operasi bersepadu yang membawa kepada
00:09rampasan sebuah kapal disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi di Sibu pada 4 April lalu.
00:17Menurut KPDN Sarawak, operasi tersebut dijalankan selepas hasil risikan serta pemantauan berkala yang dijalankan sebelum menemukan muatan haram tersebut yang
00:28dianggarkan sebanyak 132,000 litar.
00:33Tambah agensi itu, kesemua diesel yang dipercayai telah diselewen disimpan di dalam 9 tangki berasingan di atas kapal berkenaan.
00:40Jelas KPDN, hasil pemeriksaan awan mendapati kapal tersebut gagal mengumumkakan sebarang dokumen sah berkaitan pemilikan dan pengakutan bahan api berkenaan.
00:49Kesemua diesel yang dirampas berkenaan juga dianggarkan bernilai sekitar RM283,000 dan kes kini disiasat dibawa Akta Kawalan Bekalan 1961.
00:59Sementara itu, KPDN Sarawak maklumkan pihaknya akan terus mempertukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasa lain termasuk pihak polis bagi membantras
01:07aktiviti penyelewengan barangan kawalan khususnya diesel yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
01:15Tegas agensi itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan subsidi negara.
01:21KPDN juga menasihkan orang ramai agar tidak melakukan pemilihan panik kerana bekalan adalah mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal.
Comments

Recommended