00:00Kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat sesulan langkah menyelaras suhu penyaman
00:09udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.
00:14Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketetapan itu selaras dengan pekeliling perkhidmatan sumber manusia
00:23mengenai etika pakaian dan penampilan pegawai awam.
00:29Katanya di bawah perenggan 5, jadual 1, kurungan 3, pakaian pegawai lelaki ketika menjalankan tugas dan perenggan 8, jadual 2,
00:38kurungan 2, pakaian pegawai wanita ketika menjalankan tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap hari Kamis dan digalakkan dipakai pada
00:46setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat.
00:50Beliau berkata demikian dalam surat edaran kepada ketua setiap usaha kementerian dan setiap usaha kerajaan negeri yang dimuat naik di
00:57Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam.
01:00Wan Ahmad Dahlan berkata, selain itu ketua jabatan boleh membenarkan pegawai bertugas memakai baju korporat atau baju kerja lapangan pada
01:07hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas selaras dengan perenggan 13, ceraian UP.7.2.3.
01:16Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada Kamis, namun ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan
01:26memakai pakaian seragam.
01:28Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketat termasuk menetapkan
01:37suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius.
01:40Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat selain menjadi antara pendekatan proaktif dalam
01:51mendepani krisis tenaga global.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments