00:00Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz
00:08berikutan perkembangan situasi di Asia Barat telah diberikan laluan selamat dan sedang menuju ke destinasi terakhirnya.
00:15Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata hasil positif itu adalah susulan pembabitan diplomatik peringkat tinggi.
00:24Ini termasuk perbualan telefon yang konstruktif antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran Masud Bezishkin.
00:32Pada 26 Mac lalu, serta antara Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan dengan sejawatnya dari Iran Abbas Araqci pada 24
00:40Mac.
00:40Wisma Putra berkata Malaysia kekal komite terhadap prinsip kebebasan navigasi, keselamatan dan jaminan laluan maritim selaras dengan undang-undang antarabangsa.
00:50Malaysia juga menegaskan semula kepentingan dialog yang berterusan dan pembabitan diplomatik dalam menangani cabaran serantau serta mengekalkan keamanan dan kestabilan.
01:01Pada ismin kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal pertama Malaysia telah melalui Selat Hormuz.
01:07Sekurang-kurangnya tujuh kapal milik Malaysia dijangka belayar dengan selamat melalui Selat Hormuz tanpa sebarang bayaran walaupun ketegangan di rantau
01:15itu semakin meningkat, susulan jaminan daripada Iran.
01:18Duta Iran ke Malaysia, Valiullah Muhammadin Nasrabadi dipetik berkata Tehran dimaklumkan mengenai kehadiran kapal berkenaan di Teluk Parsi serta hasrat
01:28mereka untuk melalui laluan perairan strategi itu.
01:31Sebelum ini, Muhammad dilaporkan berkata tujuh kapal tangki milik Malaysia sedang menunggu kebenaran untuk melalui Selat Hormuz.
01:38Ia terdiri daripada tiga milik Petronas, dua milik MISC Berhad serta masing-masing satu milik Sapura Energy dan Syapadu Corporation
01:46Sedang Berhad.
01:47Sekatan terhadap pergerakan kapal di Selat Hormuz berlaku selepas Iran mengehadkan transit melalui laluan penting global itu yang biasanya mengendalikan
01:56kira-kira 1.5 bekalan minyak dunia.
01:59Ia adalah tindak balas terhadap serangan dilancarkan Amerika Syarikat dan Israel kira-kira sebulan lalu.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments