Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden lemas melibatkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden lemas melibatkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Perlis ketika menjalani
00:09aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu.
00:13KPM turut memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan.
00:20Kementerian itu memaklumkan beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program berkenaan telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri
00:29Perlis sehingga siasatan selesai dijalankan.
00:32Tegasnya, keadilan perlu ditegakkan demi keluarga mangsa dan sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan tanpa sebarang perlindungan.
00:41Dalam masa sama, Kementerian turut memaklumkan sedang meneliti semula prosedur operasi standar SOP bagi semua aktiviti luar melibatkan institusi di
00:51bawah seliaannya bagi memastikan aspek keselamatan diperkukuhkan dan kejadian seumpama itu tidak berulang.
00:59Mengulas lanjut, KPM turut menyatakan Menterinya Fadlina Siddiq hadir ke Hospital Sultanah Bahia pada Isnin bagi memberikan penghormatan terakhir kepada
01:09dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru IPG yang terkorban dalam satu kemalangan ketika mengikuti program luar kampus.
01:16Dua mangsa, Christopher Ling Jiasiang dan Joey Ling Linsiang merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang dilaporkan
01:25terlibat dalam insiden berkenaan semasa menyatakan program pendidikan luar kampus.
01:31Mewakili KPM, Fadlina turut mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga terdekat kedua-dua mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberi sokongan
01:40kepada mereka.
01:41Isnin lalu, dua pelajar sebuah Institut Pendidikan Guru IPG ditemukan lemas selepas kayak dinaiki dipukul ombak di kawasan Pantai Merdeka
01:50pada petang Sabtu.
Comments

Recommended