00:00Seorang wanita dilaporkan maut, digilis sebuah lori dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer enam jalan Kulai Kota Tinggi
00:09pada awal pagi Senin.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, nahas yang berlaku kira-kira jam tujuh pagi itu melibatkan
00:18sebuah motosikal, sebuah jeep dan sebuah lori.
00:25Jelas Seng Lee, mangsa berusia 21 tahun yang merupakan peboncing sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan
00:33parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
00:36Sesatan awal mendapati motosikal yang dinaiki mangsa bersama suaminya sedang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Kulai ketika
00:44kejadian berlaku.
00:45Sebuah jeep dari arah bertentangan dipercayai cuba membelok secara tiba-tiba di lokasi kejadian menyebabkan penunggang motosikal gagal mengelak sebelum
00:53berlaku pelanggaran.
00:55Akibat pelanggaran itu, peboncing motosikal terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar dan digilis oleh sebuah lori yang sedang melalui jalan
01:04berkenaan.
01:04Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada anggota badan malakala suaminya yang berusia 27 tahun terselamat
01:13dengan kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di hospital Kulai.
01:17Selain itu, pemandu jeep dan pemandu lori tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:22Menurut Seng Li, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4-1-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian
01:31akibat pemanduan secara melulu atau membahayakan.
Comments