00:00Konflik yang berterusan di Asia Barat dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi dunia, termasuk peningkatan inflasi serta pertumbuhan global yang
00:09lebih pelahan.
00:10Menurut pengarah urusan Dana Kewangan Antarabangsa IMF Kristalina Georgieva, gangguan bekalan tenaga akibat konflik tersebut merupakan antara yang terburuk dalam
00:21sejarah.
00:24Menurut beliau, sekatan berkesan oleh Iran terhadap selat humus yang merupakan laluan penting bagi kira-kira 1.5 perdagangan minyak
00:32dan gas dunia telah menyebabkan pengurangan ketara dalam bekalan global.
00:36IMF memaklumkan bekalan minyak global telah menyusut sebanyak 13% sekaligus menjejaskan rantaian bekalan lain termasuk gas dan bahan berkaitan
00:45seperti helium serta baja.
00:47Walaupun konflik berakhir dalam tempoh singkat, IMF menjangkakan semakan menurun terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi global serta peningkatan inflasi tetap tidak
00:56dapat dielakkan.
00:58Malah kesan tersebut dijangka lebih buruk sekiranya konflik berlarutan.
01:02IMF sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan global sebanyak 3.3% pada 2006 dan 3.2% pada 2007 namun jangkaan
01:11itu kini berpotensi disemak semula.
01:13Institusi kewangan antarabangsa itu dijangka mengeluarkan laporan terbaru World Economic Outlook pada 14 April ini yang akan merangkumi beberapa senario
01:23berdasarkan perkembangan konflik semasa.
01:25Dalam pada itu, konflik berkenaan dijangka menjadi tumpuan utama dalam mesyuarat musim bunga IMF Bank Dunia di Washington minggu depan
01:33yang menghimpunkan pegawai kewangan dari seluruh dunia.
01:36Jojiva turut memberi amaran bahawa negara miskin dan rentan tanpa rizab tenaga akan menerima kesan paling besar khususnya dalam menghadapi
01:45kenaikan harga yang mendadak.
Comments