00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JAPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat APED diarah menjalankan audit serta siasatan segera terhadap syarikat pengendali trailer
00:09yang mengakibatkan naas hingga meragut tiga nyawa di segamat baru-baru ini.
00:14Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata tindakan tegas perlu diambil termasuk memastikan syarikat terbabit dipertanggungjawabkan atas kegagalan memantau disiplin pemandu mereka
00:24yang turut didapati positif dadah metamfetamin.
00:30Beliau berharap pihak polis menyelesaikan siasatan kes ini secepat mungkin dan pemandu tersebut dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
00:38Locke turut menyuarakan keyakinan terhadap pihak peguam negara yang akan mengarahkan pendawaan tegas dan setimpal dengan kesalahan pemandu tersebut.
00:47Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook selepas menziarahi keluarga mangsa di Hospital Segamat pada Sabtu.
00:54Semasa ziarah itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi bagi membantu kos rawatan dan meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa.
01:04Locke berkata setakat ini, dua mangsa masih menerima rawatan dengan seorang kritikal dan ditempatkan di WAD Unit Rawatan Rapi.
01:12Beliau berkata kejadian itu merupakan satu lagi kes kemalangan yang amat menyedihkan yang berpunca daripada penyalahgunaan dadah.
01:21Katanya, kerajaan menyedari bahawa sebahagian besar pemandu lori bersikap profesional dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin namun masih terdapat segelintik
01:31yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
01:34Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan semua pemandu agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa sendiri
01:44serta pengguna jalan raya lain.
01:46Dalam kejadian pada 3.45 petang Khamis, tiga termasuk sepasang suami isteri maut manakala dua cedera selepas sebuah trailer melanggar
01:55bahagian belakang van dinaiki mangsa di persimpangan Taman Golden Hill gemas baru.
02:01Susulan kejadian itu pemandu trailer berusia 28 tahun di reman empat hari bermula Jumaat.
Comments