Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menteri Perpaduan Negara menyeru rakyat Malaysia memelihara keharmonian antara agama berteraskan saling menghormati dan kasih sayang, sambil menegaskan perpaduan sebagai asas kekuatan negara sempena sambutan Easter.
Transcript
00:00Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara hubungan antara agama dengan penuh hormat dan kasih
00:09sayang demi memastikan keharmonia negara kekal terpelihara.
00:14Menerusi hantaran di Facebook Sempena Sambutan Easter, beliau menarik perhatian bahawa Malaysia dibina atas asas kepelbagaian, justeru keamanan dan perpaduan
00:24perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara ini.
00:29Katanya negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global.
00:37Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan lebih gemilang.
00:47Di hantaran itu juga beliau berharap keajaiban Easter membawa harapan baru dan kegembiraan kepada semua.
Comments

Recommended