Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Malaysia mengecam serangan ke atas pasukan pengaman UNIFIL di selatan Lubnan yang mencederakan anggota Indonesia, sambil menggesa Majlis Keselamatan PBB bertindak tegas bagi melindungi keselamatan anggota misi antarabangsa.
Transcript
00:00Malaysia mengecam keras serangan berterusan terhadap pasukan pengaman pasukan interim pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di Lubnan atau Unifil yang disifatkan
00:08sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
00:11Buisma Putera dalam satu penyataan berkata, Malaysia mengecam insiden terbaru pada 3 April di El Adaisih yang menyebabkan tiga anggota
00:18pengaman dari Indonesia maut.
00:22Malaysia menegaskan bahawa serangan terhadap anggota pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB bukan sahaja mengancam keselamatan mereka, malah telah mengakibatkan kematian
00:32dan kecederaan dalam kalangan petugas misi antarabangsa.
00:36Sehubungan itu, Malaysia menggesa semua pihak memastikan keselamatan penuh anggota pengaman serta menghormati prinsip bahawa misi PBB adalah tidak boleh
00:46diganggu-gugat.
00:46Malaysia turut menggesa majlis keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengambil tindakan tegas bagi menjamin pelindungan segera kepada pasukan pengaman dan
00:56memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
01:01Ketegangan di selatan Lubnan semakin meruncing apabila tiga anggota pengaman Unifil dari Indonesia terbunuh dalam satu insiden sebelum ini.
01:09Ketua misi dan komanda Unifil, Diodato Abagnara menyifatkan kehilangan itu sebagai bukan sekadar kehilangan anggota pengaman tetapi kehilangan saudara.
01:20Sementara itu, Wakil Kementerian Pertahanan Lubnan, Brigadier General Firas Tarchichi menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap Unifil merupakan serangan langsung terhadap
01:31keselamatan Lubnan.
01:32Insiden tersebut mencerminkan risiko yang semakin meningkat terhadap pasukan pengaman di tengah konflik serantau yang kian memuncak sekaligus menguatkan gesaan
01:41Malaysia agar pelindungan terhadap anggota PBB dipertingkatkan.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended