00:00Seorang wanita warga emas maut manakala tiga yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 9
00:08Jalan Kulai, Kota Tinggi semalam.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tang Seng Lee, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.50 petang.
00:19Jelasnya hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah perodua azia yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 33 tahun
00:29dalam perjalanan dari arah Kulai ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
00:36Kenderaan berkenaan kemudiannya bertembung dengan sebuah perodua kenari.
00:40Akibat pelanggaran itu, penumpang perodua azia, seorang wanita tempatan berusia 78 tahun mengalami kecederaan parah di bagian kepala dan disahkan
00:51meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:53Bagaimanapun, pemandu perodua azia, pemandu kenari serta penumpangnya alami kecederaan ringan.
00:59Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan lanjut.
01:06Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments