00:00Sementara itu, sekumpulan lelaki bersenjata yang membawa bendera Iran dilaporkan sedang giat mencari seorang kru tentera AS yang hilang selepas
00:10pesawat perang dinaiki kru tersebut ditembak jatuh di Iran.
00:13Menurut agensi berita Reuters, pencarian tersebut juga dilaporkan berlaku selepas Iran mengeluarkan ganjaran buat orang awam yang berjaya menyerahkan kru
00:23AS itu secara hidup-hidup.
00:28Namun Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas tarikh lokasi rakaman itu dibuat serta identiti individu yang kelihatan dalam video berkenaan.
00:38Selain itu, media rasmi Iran turut menyiarkan rakaman tersebut pada Sabtu dan menggambarkan kumpulan lelaki terbabit sebagai anggota masyarakat berpuak.
00:47Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media kerajaan, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran memuji penduduk di wilayah Kogiluyeh dan Boye
00:57Ahmad di barat daya Iran yang majoritinya masih berpegang pada tradisi puak,
01:03termasuk kemahiran menggunakan senjata api kerana menyentai usaha mengesan kru pesawat pejuang AS yang ditembak jatuh.
01:11Kor Pengawal Revolusi itu berkata pihaknya sedang giat dengan usaha pencarian di kawasan barat daya berhampiran lokasi pesawat juruterbang tersebut
01:20terhempas
01:20manakala Gabenel Wilayah berkaitan menjanjikan penghargaan kepada mana-mana individu yang berjaya menangkap atau membunuh apa yang disifatkan sebagai pasukan
01:31musuh.
01:31Pada jumaat, tembakan Iran didakwa telah menjatuhkan sebuah pesawat pejuang dua tempat duduk F-15E milik AS dengan seorang pegawai
01:41AS mengesahkan bahawa operasi mencari dan menyelamat telah berjaya menemukan seorang daripada kru pesawat tersebut.
01:50Dua buah helikopter Black Hawk yang terlibat dalam misi menyelamat juga dilaporkan terkena tembakan Iran namun berjaya keluar dari ruang
01:58udara Iran.
01:59Maklumat menyatakan seorang anggota tentera AS masih hidup dan sedang bersembunyi di Iran ketika ini dilihat akan meningkatkan risiko kepada
02:08Washington ketika konflik memasuki minggu ke-6 tanpa sebarang petanda rendingan damai selain sokongan awam terhadap peperangan itu dilaporkan kekal
02:17rendah.
Comments