Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Islamic Revolutionary Guard Corps beri amaran Asia Barat jadi “neraka” jika AS terus tekan Iran, dedah siri serangan misil dan dron ke sasaran AS-Israel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kor pengawal revolusi Iran IRGC memberi amaran mengenai kemungkinan rantau Asia Barat boleh berubah menjadi neraka dunia buat Amerika Syarikat
00:10jika campur tangan terhadap Iran dipertingkatkan.
00:14Jurucakap Markas Pusat Qatam Al-Anbiya Ibrahim Zulfaqari pada Sabtu berkata, beberapa operasi ketenteraan telah dilancarkan bagi menghalang kemarahan Amerika
00:24ke atas Iran dan tekanan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestine.
00:30Ibrahim berkata drone dan balistik Iran berjaya menyerang pangkalan Al-Udid di Qatar yang digunakan sebagai markas persediaan helikopter Chinook
00:39serta tempat persimpanan peralatan tentera.
00:49Iran katanya turut menyerang sistem Haimas milik Amerika Syarikat di Pulau Bubian, Kuwait, sistem pertahanan Patriot di utara Bahrain.
00:58Serangan turut dihala ke beberapa lokasi berperanan sebagai pengendali peluru berpandu Amerika, pusat berkumpul pegawai kanan dan jurulatih tentera Amerika
01:07di Amerika Arab Bersatu UAE serta Syarikat Teknologi Kecerdasan Buatan Oracle Corporation di negara sama.
01:14Selain itu sebuah kapal dagang yang dikaitkan dengan Israel dan berdaftar di bawah bendera negara ketiga turut menjadi sasaran di
01:22Pelabuhan Khalifah bin Salman Bahrain.
01:24Tambahnya, operasi IRGC turut melibatkan pasukan laut dan aero angkasa menyasarkan beberapa wilayah di Israel seperti Tel Aviv, Ramadgan, Kiryat,
01:35Shmona dan lain-lain.
01:37Serangan tersebut melibatkan beberapa peluru berpandu seperti Haji Qasim, Keba, Shekan dan Qadar.
01:43Ibrahim berkata pasukan militia pro-Iran di Irak turut melaksanakan sebanyak 19 operasi misil dan drone terhadap sasaran Amerika Syarikat
01:53dan Israel dalam tempoh beberapa jam kebelakangan ini.
01:56Terima kasih.
Comments

Recommended