Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan anak saudara dan anak saudara perempuan kepada mendiang komander tentera Iran, Qassem Soleimani, selepas status pemastautin tetap sah mereka dibatalkan. Tindakan itu berlaku ketika konflik melibatkan AS, Israel dan Iran memasuki minggu keenam serta mencetus kebimbangan terhadap dasar imigresen dan hak asasi manusia.
Transcript
00:00Seterusnya, ejen Persekutuan AS telah menahan anak saudara dan cucu saudara perempuan kepada Komanda Tentera Iran, Allahyarham Qasim Soleimani pada
00:11Sabtu.
00:11Penahanan itu berlaku selepas setiap usaha negara AS, Marco Rubio, membatalkan status pemastautin tetap sah mereka.
00:22Kenyataan Jabatan Persekutuan AS menyebut Hamideh Soleimani Afshar dan anak perempuannya kini berada di dalam tahanan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan
00:32Kastam AS, AIS, selepas kad penduduk tetap atau green card mereka ditarik balik.
00:38Qasim Soleimani terbunuh dalam satu serangan udara AS di Baghdad pada Januari 2020 semasa penggal pertama pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:48Jabatan Negara AS menjelaskan Hamideh Soleimani Afshar didakwa menyokong kerajaan Iran serta terlibat dalam penyebaran propaganda negara itu yang juga
00:58menjadi punca beliau ditahan.
01:01Selain itu, Jabatan Perkenaan turut memaklumkan bahawa suami Afshar telah dilarang daripada memasuki AS.
01:09Penahanan itu berlaku ketika peperangan melibatkan AS dan Israel menentang Iran memasuki Minggu ke-6.
01:16Sementara itu, Jabatan Negara turut memaklumkan awal bulan ini Rubio telah menamatkan status Undang-Undang Fatimah Adishir Larijani,
01:25anak kepada tokoh politik veteran Iran Ali Larijani serta suaminya Syed Kalanta Motamedi.
01:32Ali Larijani yang dikenali sebagai antara arkitek utama dasar keselamatan Iran terbunuh dalam satu serangan udara AS pada pertengahan Mac
01:42lalu.
01:43Dalam penggal kedua pentadbiran Trump, kerajaan AS dilaporkan telah mempergiat usaha pengusiran terhadap imigren yang dianggap sebagai ancaman keselamatan.
01:54Terima kasih telah menonton!
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended