Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran kepada Iran bahawa masa semakin suntuk untuk mencapai perjanjian atau membuka Selat Hormuz, ketika konflik di rantau itu memasuki minggu keenam tanpa tanda rundingan damai dan ketegangan terus meningkat.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada Iran bahawa masa semakin suntuk untuk Republik Islam itu mencapai satu perjanjian
00:09atau membuka laluan perairan strategik Selat Hormuz.
00:13Amaran dibuat menerusi satu hantaran di akaun trus sosial miliknya sekaligus memperlihatkan jangkaan peningkatan ketegangan ketika mana konflik memasuki minggu
00:23ke-6 tanpa sebarang petanda ia bakal tamat.
00:27Trump sebelum ini menyatakan beliau akan memberikan Iran tempoh 10 hari untuk mencapai perjanjian atau membuka semula Selat Hormuz.
00:36Kenyataan itu dibuat ketika pasukan Iran sedang menjalankan operasi mencari seorang juruterbang Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selepas dua pesawat
00:45perang ditembak jatuh di ruang udara Iran dan kawasan Teluk.
00:49Perkembangan terbaru tersebut sekaligus meletakkan jangkaan bahawa perang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran ini mungkin akan semakin tegang.
00:59Dalam perkembangan berkaitan, Iran dilaporkan telah melancarkan serangan drone ke atas sebuah kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel di Selat
01:07Hormuz mengakibatkan kapal tersebut terbakar.
01:11Media rasmi Iran memetik kenyataan Komanda Tentera Laut Kor pengawal Revolusi Islam sebagai mengesahkan serangan berkenaan ketika pemusuhan terus berlanjutan
01:20di rantau itu.
01:22Pada 26 Mac, Trump melanjutkan tempoh rundingan nuklear Iran kepada 10 hari sebagiannya kerana Teheran menghantar 10 kapal tangki minyak
01:32berbendera Pakistan sebagai isyarat muhibah.
01:36Rantau Asia Barat itu telahpun berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas
01:45Iran pada 28 Februari
01:47yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,340 orang termasuk pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamini.
01:55Teheran pula bertindak balas dengan melancarkan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara teluk
02:04yang menempatkan aset ketenteraan Amerika.
Comments

Recommended