Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Penganalisis menjangka dagangan Bursa Malaysia minggu depan bergerak mendatar dalam fasa konsolidasi, dengan pelabur kekal berhati-hati susulan konflik Asia Barat dan tekanan inflasi akibat harga tenaga tinggi.
Transcript
00:00Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan memandangkan
00:09bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1680 hingga 1740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan.
00:18Menurut pengarah dan penganalisis strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Sendirian Berhad, Mohd Siddiq Jantan, penjualan telah stabil namun potensi kenaikan
00:28kekal terhad justru menunjukkan pelabur mengekalkan pegangan masing-masing daripada menambah risiko.
00:37Jelasnya para semasa yang masih di bawah purata pergerakan penting menunjukkan pasaran telah melepasi fasa panik namun belum lagi memasuki
00:44fasa peningkatan semula yang meyakinkan menyebabkan pelabur mengambil kedudukan yang berhati-hati manakala keyakinan pula terhad.
00:50Beliau berkata para pelabur perlu kekal seimbang dan tidak bertindak balas secara berlebihan terhadap laporan mengenai perkembangan yang berlaku di
00:57Asia Barat kerana risiko asas masih belum selesai.
01:00Ini ujiannya amat penting terutama apabila harga tenaga yang tinggi mula mempengaruhi jangkaan inflasi dan mengurangkan kemungkinan pengurangan kadar faedah
01:07bagi tempoh terdekat manakala mudah tunai global yang lebih ketat terus menghadkan kekuatan bagi sebarang kenaikan semula.
01:15Susulan itu jajaran 1725 hingga 1730 adalah paras ambang yang penting namun sebarang pergerakan ke atas melepasi paras tersebut perlu
01:23dikekalkan.
01:24Mohd Siddiq berkata sehingga keadaan itu Bursa Melis yang masih wajar dilihat sebagai sedang mengalami fasa konsolidasi dan bukannya pemulihan.
01:32Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Bursa Melis yang mencatatkan dagangan kebanyakannya rendah seiring dengan prestasi pasaran serantau ikuran
01:39klonfit berterusan di Asia Barat.
01:41Berasal sekalian Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 17.15 mata kepada 1695.50 daripada 1712.65 pada minggu sebelumnya.
Comments

Recommended