Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Dua pelajar Institut Pendidikan Guru, IPG Perlis, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka. Kejadian berlaku apabila arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak terbalik, dengan siasatan polis masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.
Transcript
00:00Dua pelajar Institut Pendidikan Guru IPG Perlis dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka
00:11sekitar jam 5 petang pada Sabtu.
00:13Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan mangsa masing-masing merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan berusia dalam
00:21lingkungan 20-an.
00:23Sebelum ini, sekumpulan pelajar yang menaiki kira-kira 30 buah kayak telah bergerak dari Teluk Bayu menuju ke Teluk Nipah
00:30di kawasan Pantai Merdeka.
00:32Bagaimanapun, keadaan bertukar cemas apabila arus deras secara tiba-tiba berlaku di muara Sungai Merbuk menyebabkan beberapa buah kayak dinaiki
00:42pelajar terbalik.
00:43Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat kemudian menemukan dua mangsa yang dipercayai tersangkut di bawah pukat nelayan sekitar jam 7
00:53.30 malam.
00:54Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahia Al-Ostah untuk proses berdas siasat.
01:01Hanyan menyatakan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Comments

Recommended