Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang 2 April lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Transcript
00:00Seorang bekas pengurusi sebuah kuil di Selangor ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana,
00:09kuil tersebut berjumlah kira-kira RM50,000.
00:13Menurut sumber, suspek lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang 2 April lalu ketika hadir memberi
00:20keterangan di pejabat SPRM Selangor.
00:25Tambah sumber itu lagi, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada November 2021 dan turut bersubahat dengan seorang
00:34lagi individu yang telah ditahan Mac lalu.
00:38Suspek dikatakan mengemukakan invois tuntutan bayaran perkhidmatan konsultansi berjumlah RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan kuil berkenaan.
00:49Bagaimanapun kerja-kerja tersebut dipercayai tidak pernah dilaksanakan dan hanya hilah untuk mengelirukan pihak pengurusan kuil.
00:58Jelas sumber hasil siasatan turut mendapati pendaftaran kuil tersebut telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS pada Oktober 2024
01:07dan pada masa sama, kuil itu juga didapati dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.
01:14Keadaan kuil yang tidak berdaftar menyebabkan ketiadaan pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan kewangan dan perbelanjaannya sekaligus membuka ruang kepada
01:24penyelewengan dana sumbangan orang awam.
01:27Sementara itu, pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen
01:3618 Alta SPRM 2009.
Comments

Recommended