Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Bekalan tenaga elektrik di sabah masih berada pada tahap stabil dan terkawal susulan krisis global yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pihaknya sentiasa mengikuti rapat dan memantau krisis itu yang boleh memberi impak kepada sektor tenaga negeri.
Transcript
00:00Bekalan tenaga elektrik di Sabah masih berada pada tahap stabil dan terkawal, susulan krisis global yang berlaku ketika ini.
00:08Bagaimanapun tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji J. Nur, pihaknya sentiasa mengikuti rapat dan memantau krisis itu yang boleh
00:16memberi impak kepada sektor tenaga negeri.
00:21Jelasnya kapasiti tenaga elektrik di Sabah ketika ini mencecah sekitar 1,400 MW dengan sebahagian besar bekalan dihasilkan melalui sumber
00:30gas.
00:31Kita sentiasa memantau dan Kerajaan Persekutuan sendiri menyatakan dia akan melihat keadaan apa yang berlaku kepada perperangan ini.
00:42Kalau ia berlanjutan, mungkin kita juga akan terkesan di sini.
00:48Tetapi yang baiknya, di Sabah ini kita punya tenaga elektrik 1,400 MW.
01:001,100 MW itu dia punya supply ialah gas daripada Petronas terus ke Sabah.
01:07Jadi kita tidak akan banyak terkesan dari itu.
01:11Cuma lebih kurang 300 MW daripada diesel.
01:15Ini kita perhatikan kerana kalau diesel naik, ia akan mengakibatkan juga keadaan kita di Sabah terjejas.
01:24Namun menurutnya, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap sektor penjanaan tenaga berasaskan diesel yang masih menyumbang sebahagian daripada bekalan elektrik.
01:33Jika berlaku peningkatan harga diesel, ia dijangka boleh memberi kesan kepada kos operasi dan seterusnya menjejaskan keadaan tenaga di Sabah.
01:44Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Bersama Media di Kota Kinabalu.
Comments

Recommended