Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Inisiatif Haji Lestari ini akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu di Tanah Suci dan Malaysia.
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji Tihish melancarkan inisiatif Haji Lestari iaitu sebuah program kita semula dan kita tinggi menggunakan kain ihram terpakai
00:09oleh para jemaah haji.
00:11Inisiatif ini bagi memupuk budaya sifar sisa serta menyokong usaha memelihara kelestarian alam sekitar.
00:18Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifir Hassan berkata kain ihram yang digunakan para jemaah lelaki lazimnya hanya
00:27disimpan atau dibuang selepas musim haji.
00:32Katanya melalui inisiatif ini, tekstil terbiar dapat dimanfaatkan semula selain meningkatkan kesedaran jemaah haji terhadap tanggungjawab bersama bagi menjayakan haji
00:42yang lebih bersih dan lestari.
00:44Dan ini merupakan satu pembaharuan inovasi yang kita laksanakan dan barangkali ini merupakan yang pertama seumpamanya di Tanah Suci dan
00:56kita telah membuktikan Malaysia mendahului sehingga aspek kelestarian haji itu.
01:03Bukan hanya kita berakamal ibadah tetapi juga kita memikirkan implikasi alam sekitar dengan apa yang kita laksanakan di Tanah Suci
01:12Mekah.
01:13Beliau menjelaskan inisiatif ini akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu di Tanah Suci dan Tanah Air.
01:21Beliau turut menasihatkan para jemaah untuk sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri di samping berwaspada serta mematuhi segala arahan yang
01:31ditetapkan TH.
01:33Zul Kifi berkata demikian dalam majlis perasmian kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di
01:40Putrajaya.
01:42Penerbangan ke Tanah Suci akan bermula dari 18 April hingga 20 Mei manakala penerbangan pulang dari Tanah Suci bermula dari
01:494 hingga 30 Jun.
01:50Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan untuk membawa seramai 31,600 jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk tahun ini.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended