Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Kementerian itu menyatakan bahawa letupan terbaru yang berlaku pada 3 April di El Addaiseh, selatan Lubnan, merupakan insiden serius ketiga melibatkan anggota pengaman Indonesia dalam UNIFIL sepanjang minggu lalu.
Transcript
00:00Indonesia menggesa supaya mesyuarat negara penyumbang tentera kepada pasukan interim pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di Lubnan, UNIFIL, diadakan tanpa berlengah.
00:11Ia susulan letupan terbaharu yang mencederakan tiga lagi anggota pengaman Indonesia.
00:16Kementerian Luar Indonesia berkata mesyuarat berkenaan perlu bagi menilai keadaan dan memperkukuh langkah perlindungan pasukan.
00:25Kementerian itu menyatakan letupan terbaru yang berlaku pada 3 April di El Adaiseh, Selatan Lubnan, merupakan insiden serius ketiga melibatkan
00:34anggota pengaman Indonesia dalam UNIFIL sepanjang minggu lalu.
00:39Kementerian itu menegaskan keperluan mendesak untuk memperkukuh perlindungan anggota pengaman PBB dalam persekitaran yang semakin berbahaya.
00:47Indonesia turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC supaya segera menyiasat semua insiden berkenaan.
00:57Selain, menegaskan keperluan siasatan menyeluruh dan telus bagi menentukan fakta termasuk keadaan kejadian dan pihak yang bertanggungjawab serta menekankan bahawa
01:08pertanggungjawaban penuh mesti diambil.
01:13Kementerian itu menyatakan insiden berkenaan berlaku ketika pencerobohan berterusan Israel ke atas Lubnan.
01:20Menegaskan semula pendiriannya, Indonesia menekankan keselamatan anggota pengaman PBB tidak boleh dikompromi dan sebarang kecederaan terhadap mereka merupakan pelanggaran serius
01:32undang-undang antarabangsa serta tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan.
01:38Dalam insiden pada 29 dan 30 Mac, tiga anggota pengaman Indonesia terbunuh manakala lima lagi cedera.
Comments

Recommended