Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata insiden kekerasan melampau dalam TDM tidak boleh diterima sama sekali dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya suspek didapati bersalah.
Transcript
00:00Seorang anggota Tentera Darat Malaysia TDM yang menjadi mangsa pukul di Kem Batalion 25 Regimen Askar Melayu Diraja RAM di
00:08Bentong baru-baru ini dilaporkan masih tidak stabil dan memerlukan sokongan bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temeloh.
00:18Panglima Tentera Darat PTD Gen. Dato' Azhan Ahmad Uthman berkata, insiden kekerasan melampau dalam TDM tidak boleh diterima sama sekali
00:26dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya suspek didapati bersalah.
00:34Tegas beliau pihaknya masih menunggu hasil siasatan polis dan pada masa sama lembaga siasatan telah ditubuhkan di peringkat TDM.
00:41Azhan berkata beliau akan ke Hospital Berkenaan pada Sabtu untuk melawat serta mendapatkan perkembangan terkini mangsa.
00:49Seorang anggota Tentera Privet Muhammad Amirul Razik Rosafindi dipercayai dipukul dalam satu kejadian di Kem Batalion 25 RAM di Bentong
00:58pada 30 Mac lepas.
01:00TDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan akibat insiden itu anggota berkenaan telah tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal
01:08di Pusat Perubatan Angkatan Tentera 25 RAM.
01:11IMD sebelum dipindahkan ke Hospital Bentong dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan di Hoshas.
01:20Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang anggota tentera berpangkat koperal berumur 37 tahun bagi membantu siasatan.
01:28Azhan berkata suspek akan ditempatkan di bawah pengawasan rapi dan tidak dibenarkan bercampur dengan anggota lain sejurus dibebaskan daripada tahanan
01:36reman.
01:36Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perbarisan Hari Tentera Darat ke-93 di Kamp Perdana Sungai Besi di Ibu Negara pada
01:44Sabtu.
Comments

Recommended