00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Leong Sik, yang disifatkan sebagai
00:09tokoh yang amat berjasa kepada negara.
00:11Perdana Menteri berkata jasa dan sumbangan mendiang kepada negara akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
00:21Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga roh mendiang bersemadi dengan aman dan tenang.
00:27Dr. Ling meninggal dunia pada Sabtu di usia 82 tahun, meninggalkan isteri Tuh Puan Ong Inah serta dua anak lelaki.
00:36Mendiang antara tokoh veteran politik paling lama berkhidmat dalam kabinet, memegang portfolio Menteri Pengangkutan selama 17 tahun, dari 1986 hingga
00:45meletak jawatan pada 2003.
Comments