00:00Rino Gattuso melepaskan peranannya sebagai ketua jurulatih Itali atas persetujuan bersama.
00:06Langkah itu dilakukan selepas pasukan itu gagal melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2026
00:11buat kali ketiga berturut-turut, susulan kekalahan penentuan penalti kepada Bosnia dalam final playoff pada Selasa.
00:21Dalam satu kenataan dikeluarkan Persekutuan Bolesepak Itali, FIGC.
00:25Beliau dengan hati yang berat dan selepas gagal mencapai sasaran ditetapkan,
00:30menganggap tempoh dirinya di bangku simpanan pasukan kebangsaan telah berakhir.
00:35Kata Gattuso, pasukan kebangsaan Itali adalah aset paling berharga dalam bola sepak
00:40dan atas sebab itu adalah wajar untuk memberi ruang kepada penilaian teknikal
00:45bagi masa depan dilakukan seawal mungkin.
00:50Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden FIGC, Gabriel Gravina
00:54dan Ketua Delegasi Gianluigi Buffon bersama semua kakitangan Persekutuan
00:58atas kepercayaan dan sokongan kepadanya.
01:02Pengunduran itu menyusuli peletakan jawatan Gravina dan bekas penjaga gol Juventus
01:07serta Itali, Buffon, yang seperti Gattuso, merupakan wira kemenangan Piala Dunia 2006.
01:14Menurut media Itali, Ketua Jurulatih Napoli, Antonio Conte dan pengendali AC Milan,
01:19Massimiliano Allegri, menjadi pilihan utama untuk mengambil alih jawatan itu.
01:24Manakala Jurulatih yang membawa Itali menjuarai kejuaraan Eropah 2020, Roberto Mancini
01:30serta Jurulatih Palermo Filippi Inzaghi, turut dilaporkan berada dalam senarai itu.
01:36Itali yang merupakan juara dunia sebanyak empat kali,
01:40kali terakhir beraksi di kejuahanan global itu pada 2014,
01:44namun tersingkir di peringkat kumpulan.
01:46Pasukan itu gagal berlayakkan diri pada edisi 2018 dan 2022.
Comments