Skip to playerSkip to main content
#PilihanRayaN9 #PilihanRayaNegeri #PilihanRayaNegeriSembilan #PRN #PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00DAP Negeri Sembilan meletakkan sasaran untuk mempertahankan kesemua-sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri DUN yang dibenanginya pada pilihan raya negeri
00:07PRN lalu.
00:08Pada masa sama, Siti Usa Agung DAP Anthony Lok yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Cenah turut mengesahkan akan menyertai
00:14gelanggang PRN pada kali ini.
00:18Menurut beliau, DAP Negeri Sembilan kini memberi tumpuan untuk memastikan kesemua-sebelas kerusi yang disandang parti itu dapat dipertahankan selain
00:27membantu Pakatan Harapan mencapai kemenangan.
00:30Yang pertamanya, misi kita mempertahankan sebelas kerusi DAP di Negeri Sembilan dan keduanya, sudah tentu kita akan memainkan peranan untuk
00:41menyokong rakan-rakan kita dalam PH untuk memenangi kerusi-kerusi lain.
00:46Dan kita menyiasakan untuk memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi ke atas di Negeri Sembilan kerana rekod kita pernah memenangi 20
00:56kerusi pada tahun 2018.
00:58Jadi kita harap rakyat Negeri Sembilan akan memberikan mandat kepada PH Negeri Sembilan.
01:06DAP akan memainkan peranan secara bersungguh-sungguh untuk menang semua kerusi yang kita tandingi.
01:12Dalam pada itu, beliau turut mempertahankan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dengan menyifatkannya sebagai langkah terbaik untuk mengembalikan
01:22mandat kepada rakyat susulan kemelut politik yang berlaku di negeri itu.
01:26Menurut beliau, walaupun wujud persefahaman antara barisan nasional dan PH di peringkat pusat, tindakan adun BN menarik sokongan menyebabkan kerajaan
01:35negeri berdepan risiko kehilangan majoriti.
01:38Katanya, situasi itu boleh memberi kesan kepada kelulusan bajet negeri 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Oktober
01:47depan.
01:48Pilihan raya negeri Negeri Sembilan dijangka berlangsung dalam masa terdekat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 5 Jun lalu.
Comments

Recommended