00:00Syarikat penerbangan global berdepan krisis kos yang semakin meruncing susulan kenaikan berterusan harga bahan api jet akibat ketegangan geopolitik dan
00:09konflik di Asia Barat.
00:11Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa Yata memaklumkan perang di Asia Barat telah mengganggu laluan utama penghantaran tenaga dan mencetuskan lonjakan mendadak
00:21harga bahan api penerbangan.
00:26Sesulan perkembangan itu iata menurunkan unjuran keuntungan bersih industri penerbangan global bagi 2026 kepada 23 bilion dolar Amerika berbanding ramalan
00:36awal 41 bilion dolar.
00:38Tekanan kewangan tersebut memaksa syarikat penerbangan menyesuaikan strategi operasi masing-masing.
00:44Azul Airline merancang mengurangkan penerbangan bagi menguruskan kos bahan api yang meningkat,
00:49manakala Air New Zealand bercadang menaikkan harga tiket secara agresif untuk menampung kenaikan kos operasi.
00:57Krisis itu turut diburukkan oleh kekurangan pesawat komersial baharu, susulan kelewatan pengeluaran oleh Boeing dan Airbus,
01:05menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa melanjutkan penggunaan pesawat lama yang kurang cekap.
01:10Keadaan ini meningkatkan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan sekaligus menambah beban operasi syarikat penerbangan.
01:17Pada masa sama, industri masih bergelut untuk beralih kepada bahan api penerbangan mampan SAF kerana bekalannya yang terhad dan kos
01:25yang tinggi.
01:27IATA menganggarkan pengeluaran SAF hanya mampu memenuhi kira-kira 0.8% daripada permintaan bahan api penerbangan global,
01:34sekaligus menghadkan keupayaannya untuk menjadi penyelesaian segera kepada krisis masa.
Comments