00:00Nurul Izzah Anwar menafikan dawaan kononya beliau meletakkan jawatan sebagai timbalan Presiden PKR.
00:07Bekas Ahli Parlimen Pematang Pahu itu berkata, dawaan berhubung perkara tersebut adalah tidak benar dan mengesahkan bahawa beliau masih menjalankan
00:16tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti.
00:20Dalam satu kenyataan lewat malam Isnin, Nurul Izzah berkata, beliau kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti
00:30serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan.
00:34Nurul Izzah berkata, beliau menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan
00:43serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
00:49Spekulasi Nurul Izzah mengosongkan jawatan timbalan Presiden PKR tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam
00:58kalangan parti.
01:00Anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dipilih sebagai timbalan Presiden parti berkenaan bagi penggal 2025-2028 pada
01:10pemilihan tahun lepas apabila menewaskan penyandangnya Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dalam pertandingan satu lawan satu.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments