00:00Majlis Media Malaysia MMM menegaskan proses siasatan melibatkan seorang wartawan berhubung dawaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim
00:11Hightech Park KHTP Kulim perlu dijalankan secara telus, profesional serta menghormati hak wartawan untuk menjalankan tugas tanpa gangguan atau tekanan
00:21tidak wajar.
00:22MMM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan sebarang tindakan terhadap wartawan mesti dinilai secara ketat berdasarkan prinsip keperluan serta kesepadanan dan
00:33adalah penting untuk membezakan dengan jelas antara pelanggaran undang-undang yang sebenar dan aktiviti kewartawanan yang sah.
00:42MMM menegaskan bahawa dalam banyak keadaan kerja kewartawanan termasuk berada di lokasi kejadian, membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat adalah sebahagian
00:53daripada fungsi sah media dalam melaporkan isu kepentingan awam.
00:57Oleh itu, tafsiran menceroboh dalam konteks kerja liputan perlu diperjelaskan secara teliti agar tidak menjenayahkan tugas wartawan.
01:06MMM malungkan kes berkenaan turut menimbulkan persoalan lebih luas mengenai ruang akses wartawan ke lokasi dan peristiwa berkepentingan awam serta
01:15keperluan garis panduan yang jelas antara pihak berkuasa dan pengamal media.
01:19Media sebelum ini melaporkan seorang wartawan portal berita Tamil, Tina Nanti, Khalidas Subramanium ditahan polis di ibu pejabat polis daerah
01:28Kulim berhubung dawaan menceroboh ketika membuat liputan berkaitan pendatang tanpa izin.
01:34Polis mengesahkan menahan 10 lelaki termasuk seorang wartawan portal bagi bantu siasatan berhubung dawaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang
01:43itu pada Rabu lepas.
Comments