Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa kawasan di Kedah dan seluruh negeri Perlis terus berdepan cuaca panas Tahap 1 (fasa berjaga-jaga) hari ini. Tujuh daerah di Kedah terlibat iaitu Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Baling, Kota Setar dan Kuala Muda, susulan suhu maksimum mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. MetMalaysia turut meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak, dan orang ramai dinasihatkan kekal berwaspada berikutan cuaca tidak menentu.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia menjangkakan beberapa kawasan di Kedah dan juga Perlis hari ini terus berdepan cuaca panas tahap 1
00:08iaitu Fasa Berjaga-jaga.
00:10Menurut MedMalaysia, dalam satu kemas kini pada selasa, sebanyak 7 daerah di Kedah terlibat dalam cuaca panas itu dan meminta
00:17agar penduduk di kawasan tersebut sentiasa berwaspada.
00:20Di Kedah, daerah yang terlibat adalah di Sik, Padangterap, Pendang, Pokok Sena, Baling, Kota Star dan Kuala Muda, manakala di
00:27Perlis, MedMalaysia menjangkakan keseluruhan kawasan di negeri itu akan mengalami cuaca panas tahap 1.
00:33Jelas MedMalaysia, kedua negeri tersebut direkodkan sebagai cuaca panas tahap 1, susulan suhu maksimum yang melanda kawasan terlibat mencapai sekitar
00:4135 hingga 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut.
00:45Sementara itu, MedMalaysia dalam satu kenyataan turut meramalkan hujan dan ribut petir bahkan melanda beberapa kawasan di Semenanjung dan juga
00:52Sabah dan Sarawak.
00:53Di Semenanjung, MedMalaysia meramalkan ribut petir akan melanda kawasan Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan wilayah Persekutuan Kuala Bulumpur, Kedah, Perak,
01:01Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Johor.
01:04Di Sabah, hujan diramalkan melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan juga Sandakan, manakala di Sarawak, ribut petir dijangkakan melanda
01:12kawasan Kapit, Miri dan Limbang.
01:14Semoga itu, orang ramai digesah supaya mengambil langkah waspada susulan cuaca tidak menentu di seluruh negara.
Comments

Recommended