Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Indonesia terbunuh dalam dua insiden berasingan di selatan Lubnan, selepas hujung minggu berdarah yang turut menyaksikan wartawan dan petugas perubatan terkorban dalam serangan Israel.
Transcript
00:00Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dari Indonesia terbunuh dalam dua insiden berasingan di selatan Lubnan.
00:10Dua daripada anggota terbabit terbunuh pada Isnin apabila satu letupan yang tidak diketahui puncanya memusnahkan kenderaan mereka berhampiran bani hayan.
00:20Ketua Operasi Pengaman PBB, Hon Pierre Lacroix berkata, dua lagi anggota cedera dalam insiden tersebut.
00:52Sebelum itu, seorang lagi anggota dari Indonesia terbunuh dalam kejadian berasa
00:57apabila satu peluru meletup berhampiran posisi pasukan pengaman di perkampungan Achid Al-Qusair, seorang lagi anggota dilaporkan cedera parah.
01:07Korban pada ahad itu merupakan yang pertama melibatkan pasukan pengaman PBB sejak tercetusnya konflik baharu antara Israel dan kumpulan Hezbollah
01:15pada 2 Mac lalu.
01:17Sementara itu, seterusnya agung PBB, Antonio Guterres menegaskan bahawa serangan terhadap anggota pengaman adalah pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa
01:26dan boleh dianggap sebagai jenayah perang.
01:29Pasukan pengaman PBB di Lubnan, Unifil, ditempatkan di selatan negara itu bagi mantau ketegangan di sepanjang sempadan dengan Israel yang
01:39kini menjadi titik utama pada tempuran antara tentera Israel dan pejuang Hezbollah yang distokong Iran.
01:45Lubnan mula terheret ke dalam konflik Asia Barat apabila Hezbollah melancarkan roket ke arah Israel sebagai tanda solidariti terhadap Teheran
01:54dua hari selepas Iran diserang secara haram oleh Israel dan Amerika Syarikat.
01:59Tindakan itu mencetuskan serangan balas darat dan udara oleh Israel.
02:03Menurut pihak berkuasa Lubnan, lebih 1,240 orang terbunuh akibat sarangan Israel termasuk lebih 120 kanak-kanak, hampir 80 wanita
02:14dan puluhan petugas perubatan.
Comments

Recommended