Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, memberi amaran bahawa harga minyak global berpotensi melonjak melebihi AS$200 setong sekiranya konflik melibatkan Iran terus memuncak, sambil menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, agar menghentikan perang tersebut.
Transcript
00:00Seterusnya Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi memberi amaran bahawa harga minyak global berpotensi melonjak melebihi $200 setong sekiranya konflik
00:11melibatkan Iran terus memuncak.
00:14Justru beliau menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump agar menghentikan perang tersebut.
00:21Berucap pada persidangan Egypt Energy Show 2026 di Kahirah pada Isnin, Abdel Fattah berkata kebimbangan mengenai lonjakan harga minyak itu
00:31bukan sesuatu yang keterlaluan.
00:58Seterusnya Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi memberi amaran bahawa harga minyak boleh mencecah kebimbangan.
01:19lebih $200 setong sekiranya gangguan terhadap bekalan berterusan.
01:24Abdel Fattah turut menegaskan bahawa negara kaya mungkin mampu menyerap kesan kenaikan harga tersebut.
01:30Namun negara berpendapatan sederhana dan ekonomi rapuh bakal berdepan tekanan yang sangat besar terhadap kestabilan mereka.
01:37Dalam masa sama, beliau memberi amaran mengenai krisis bekalan makanan global yang semakin menghampiri susulan gangguan terhadap ekspor baja.
01:45Katanya sebarang gangguan dalam rantaian bekalan baja akan memberi impak besar terhadap harga makanan dunia sekaligus memburukkan lagi tekanan kos
01:53sara hidup di banyak negara.
Comments

Recommended