00:00Syarikat Petroleum National Berhad Petronas pada Isnin memaklumkan ia akan terus memanfaatkan rantaian nilai bersepadu menerusi anak-anak syarikatnya bagi
00:10memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi di dalam negara.
00:13Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu berkata langkah berkenaan bertujuan menyokong hampir 50% pegangan pasarannya sekurang-kurangnya sehingga
00:22Mei 2026.
00:27Jelasnya ketika ini, permintaan domestik bahan api terus melebihi bekalan tempatan menyebabkan baki keperluan pasaran perlu dipenuhi oleh syarikat minyak
00:35lain yang beroperasi di Malaysia.
00:37Dalam pada itu, Petronas berkata ia terus memantau rapi situasi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan bekalan di seluruh
00:44negara ketika ketidaktentuan pasaran tenaga global semakin meningkat susulan konflik berterusan di Asia Barat.
00:50Menurut Petronas, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini tidak kebal sepenuhnya daripada kesan krisis geopolitik antarabangsa.
00:58Keadaan tersebut dipengaruhi oleh faktor rantaian bekalan global termasuk kebergantungan terhadap laluan strategik seperti selat hormus bagi penghantaran minyak mentah.
01:06Konflik berkenaan telah mencetuskan kenaikan ketara harga minyak mentah dunia selain meningkatkan kos penghantaran, premium insurans dan perbelanjaan logistik.
01:14Sehubungan itu Petronas menggesa pihak industri dan orang ramai agar mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah selain menasihati pengguna supaya tidak
01:22melakukan pembelian panik atau penyimpanan bahan api secara berlebihan.
Comments