00:00Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau dan menentukan keberadaan setiap pelajar Malaysia di negara-negara Asia Barat,
00:07susulan konflik yang berterusan, termasuk di universiti yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat.
00:12Menterinya Dato' Sri Zamri Abdul Qadir berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar tidak terjejas
00:18serta memudahkan urusan membawa mereka pulang sekiranya keadaan memaksa.
00:22Katanya Malaysia tidak mempunyai ramai pelajar di institusi yang mempunyai kaitan dengan Amerika di negara-negara teluk
00:28berbanding dengan bilangan pelajar Malaysia di Arab Saudi.
00:31Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tetap mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat.
00:39Pada ahad, Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC Iran memberi amaran universiti yang mempunyai kaitan dengan Amerika dan Israel di rantau
00:47itu
00:47kini menjadi sasaran sah sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kemudahan pendidikan Iran.
00:53IRGC meluduk Amerika dan Israel berulang kali mengebom universiti di Iran termasuk Universiti Sains dan Teknologi Iran di Tehran.
Comments