Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Sekurang‑kurangnya 281 pelajar dan tenaga pendidik terbunuh dalam serangan AS‑Israel ke atas Iran sejak Februari. Kementerian Pendidikan Iran melaporkan 700 sekolah dan hampir 800 fasiliti pendidikan serta kebudayaan rosak. Konflik berterusan ini turut menjejaskan ratusan kanak‑kanak, pasaran global dan keselamatan penerbangan antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 281 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak bulan lalu.
00:09Ketua Pusat Penerangan dan Hubungan Awam Kementerian Pendidikan Iran, Hossin Sadri berkata,
00:15angka itu melibatkan 222 pelajar, 4 karekanak prasekolah, 48 guru dan 7 kakitangan pendidikan bersara.
00:25Menurut beliau seramai 185 pelajar dan kakitangan pendidikan teruk cedera akibat serangan berterusan itu.
00:32Hossin teruk memaklumkan serangan Amerika Syarikat dan Israel teruk merosakkan 789 fasiliti awam termasuk 700 sekolah dan puluhan kemudahan pentadbiran
00:43serta kebudayaan.
00:44Beliau berkata kerosakan itu memberi kesan besar terhadap sistem pendidikan negara dan keselamatan kanak-kanak.
00:50Perikatan konflik itu bukan sahaja mengorbankan nyawa dan memusnahkan infrastruktur awam,
00:56malah teruk mengganggu pasaran global serta penerbangan antarabangsa yang mencetuskan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang lebih meluas.
Comments

Recommended