Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Di sebuah pulau kecil di Sandakan, sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan cara yang cukup berbeza.

Walaupun tiada komuniti Cina di Pulau Berhala, namun kemeriahan Aidilfitri diraikan ala-ala Tahun Baharu Cina apabila tarian singa dan agihan limau mandarin menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri di pulau tersebut.
Transcript
00:00Di sebuah pulau kecil di Sandakan, sambutan Hari Raya Adil Fitri diraihkan dengan cara yang cukup berbeza.
00:06Walaupun tiada komuniti Cina di Pulau Berhala, namun kemeriahan Adil Fitri diraihkan ala-ala Tahun Baharu Cina
00:12apabila Tarian Singa dan Agihan Limau Mandarin menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Raya Adil Fitri di pulau tersebut.
00:21Sambutan Kongresi Raya Parlimen Sandakan bersama penduduk kampung Pulau Berhala
00:25menyatukan komuniti dalam suasana penuh warna dan keharmonian.
00:30Persembahan Tarian Singa mencuri perhatian diiringi Agihan Limau Mandarin kepada penduduk
00:36sebagai simbol perkongsian budaya dalam suasana Adil Fitri.
00:40Sambutan turut diserikan dengan pelbagai persembahan Tarian daripada etnik yang berbeza
00:45yang mencerminkan kepelbagaian komuniti di pulau itu.
00:50Sebab bulan tahun ini adalah agak istimewa. Masa tahun baru Cina adalah juga bulan puasa.
00:57jadi saya juga segan apabila semua warga-warga umat Islam sedang berpuasa dan saya
01:03bawa gendang masuk untuk meriuk-riukkan. Jadi kami punya cadangan tahun ini adalah
01:09untuk buatkan kongsi raya di mana kami sambut Hari Raya Adil Fitri dan juga tahun baru Cina bersama.
01:15Jadi ini situasi memang sangat meriah sekali.
01:17Namun, disebalik kemeriahan tersebut, Pulau Berhala masih berdepan pelbagai cabaran asas.
01:25Isu pengurusan sisa, kebersihan dan penggunaan kemudahan awam
01:29terus menjadi perhatian terutama apabila pembangunan pelancongan dirancang di kawasan itu.
01:36Pulau Berhala memang dijaga dan juga oleh kerana bakal hotel yang akan dibuka di sini
01:41saya perlu kerjasama dengan semua penduduk-penduduk di Pulau Berhala.
01:46Kebersihan memang salah satu yang kami perlu jagakan dan juga kurang gunakan plastik.
01:51Sebab oleh kerana sampah-sampah yang tidak dapat dibuang di ataupun mereka tidak tahu macam mana
01:57mahu kasih aturkan, memang masuk ke laut ataupun ditanam.
02:02Jadi kalau boleh kami kurangkan guna plastik.
02:04Oleh itu, kami juga ada banyak letak water filter untuk mendapatkan air
02:08dan juga kami ada water filter solar.
02:11Di Pulau Berhala, sambutan raya tahun ini bukan sekadar perayaan
02:15tetapi juga menjadi ruang penyatuan budaya dan komuniti.
02:20Dalam masa yang sama, usaha memupuk kesedaran menjaga kebersihan turut ditekankan
02:24agar pulau itu bersedia untuk pembangunan pelancongan pada masa hadapan
02:29sekaligus memberi harapan baharu kepada penduduk setempat.
Comments

Recommended