00:00Pengukuhan keselamatan makanan negara memerlukan usaha bersepadu termasuk meningkatkan produktiviti pertanian.
00:06Menurut firma penjadikan Hong Leong Investment Bank HLIB, ini termasuklah mempercepatkan penggunaan teknologi serta menangani ketidakcekapan dalam rantaian bekalan.
00:18Pengeluaran domestik dan import masih berjaya mengekalkan kestabilan bekalan makanan buat masa ini.
00:24Namun, kebergantungan kepada sumber luar bagi bahan makanan ruji, khususnya beras, kekal sebagai kelemahan utama yang mendedahkan negara kepada kejutan
00:33luaran.
00:34Dalam pada itu, ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah, perubahan cuaca yang tidak menentu serta kelembapan ekonomi global terus memberi
00:43tekanan kepada bekalan dan kemampuan makanan di peringkat dunia.
00:47HLIB menjelaskan, gaguan rantaian bekalan akibat konflik serta turun naik pengeluaran yang dipacu perubahan iklim berlaku seiring dengan penyusutan kuasa
00:57beli di banyak negara membangun sekaligus memburukkan lagi prospek keselamatan makanan global.
01:03Sebagai langkah mitigasi, kerajaan telah memperkenalkan dasar jangka panjang seperti Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 dan Dasar Sekuriti Makanan
01:14Negara 2030 bagi memodernkan sektor serta meningkatkan pengeluaran tempatan.
01:19Namun begitu, pelaksanaan dasar tersebut dilihat berdepan cawaran. Memandangkan lebih 97% petani di negara ini terdiri daripada pengusaha berskala
01:29kecil dengan kekangan dari segi kewangan dan keupayaan teknikal.
01:34Selain isu bekalan, HLIB turut menyorot peningkatan masalah kesihatan berkaitan diet seperti obesiti dan diabetes yang menunjukkan cabaran keselamatan makanan
01:44turut melibatkan aspek kualiti pemakanan.
01:46Sehubungan itu, HLIB mencadangkan perdekatan seperti platform perkongsian peralatan serta struktur pembiayaan campuran bagi membantu pengusaha kecil mengadaptasi teknologi pertanian
01:57modern dan kaedah tahan perubahan iklim.
02:00Langkah tersebut bukan sahaja berpotensi meningkatkan produktiviti, malah dapat mengurangkan kerigian selepas tuayan serta pembaziran makanan dalam rantaian bekalan negara.
Comments