Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
TA Securities menjangka Beshom terus berdepan cabaran susulan jualan lemah, tekanan kos dan persaingan sengit MLM.
Transcript
00:00Mac Bishop Holdings berhad dijangka berdepan tekanan berterusan susulan prestasi kewangan yang masih lemah menurut firma penyelidikan TA Sekuritis.
00:09Keputusan suku ketiga tahun kewangan 2026 syarikat itu secara keseluruhan menepati jangkaan apabila keuntungan teras bagi tempoh sembilan bulan sebanyak
00:18RM58 juta merangkumi 74% daripada unjuran setahun.
00:25Bagaimanapun hasil bagi suku berkenaan susut 20.4% tahun ke tahun kepada RM35.4 juta disebabkan jualan yang lemah
00:34merentasi semua segmen perniagaan.
00:37Namun begitu keuntungan teras suku tahunan meningkat sedikit sebanyak 4.3% kepada RM2.1 juta.
00:44Ini disokong campuran jualan lebih baik khususnya daripada produk borong bermargin tinggi serta kadar cukai efektif yang lebih rendah.
00:51Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2026, keuntungan teras merosot 20.2% tahun ke tahun berikutan jualan yang lebih
01:00rendah sebanyak RM109.4 juta serta penurunan produktiviti ahli dalam segmen pemasaran pelbagai peringkat MLM.
01:08Menurut TA Sekurities, segmen MLM turut terkesan oleh persaingan sengit dalam industri yang membawa kepada pengurangan bilangan pengedar walaupun pelbagai
01:16insentif seperti pakej pelancongan dan kempen promosi telah diperkenalkan.
01:21Dari segi prospek, firma penyelidikan itu menjangkakan tekanan kos akan terus menjadi cabaran utama memandangkan kira-kira 49% produk
01:30syarikat diperoleh dari luar negara khususnya China.
01:32Namun kesan tersebut dijangka dapat diimbangi sebahagiannya oleh pengukuhan ringgit.
01:38Memandangkan sekitar 5% kos bahan mentah didinominasikan dalam matawang asing seperti dolar AS dan yuan China.
01:47TA Sekurities menganggarkan pengukuhan 5% ringgit berpotensi meningkatkan keuntungan bersih kira-kira 1%.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended