Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
China menyumbang hampir 80,000 tan beras kepada Cuba untuk sokong bekalan makanan negara itu yang berdepan cabaran ekonomi berterusan.
Transcript
00:00China sumbang 15,000 tan beras kepada Cuba sebagai usaha memperkukuhkan bekalan makanan negara itu yang sedang berdepan cabaran ekonomi
00:10berterusan.
00:11Penghantaran ini merupakan yang ketiga pada tahun ini selepas dua penghantaran terdahulu berjumlah keseluruhan 4,800 tan pada Januari.
00:23Menteri Perdagangan Dalam Negeri Cuba, Beksi Dias berkata, sebanyak 60,000 tan beras dijangka tiba pada bulan Jun selepas penghantaran
00:30pertama berlepas dari Shanghai pada 26 Mac.
00:34Majlis yang berlangsung di pelabuhan Havana itu turut dihadiri Duta Besar Cina ke Cuba, Huazin.
00:39Huazin berkata langkah ini merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan Cina kepada Cuba, sekaligus mencerminkan semangat solidariti dan sokongan bersama
00:48antara kedua-dua negara.
00:49Untuk rekod, Cuba berdepan kekurangan makanan yang berterusan yang semakin teruk akibat sekatan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan akibat tekanan
00:57Amerika Syarikat sejak 1960.
01:00Sekatan itu merangkumi embago perdagangan, sekatan kewangan narangan pelaburan, sekatan perjalanan, sekatan sekunder terhadap syarikat luar serta had ke atas
01:08perkapalan dan logistik.
Comments

Recommended