Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Suspek yang direman selama tujuh hari itu dipercayai aktif melakukan jenayah pecah kedai serta melarikan peti wang tunai sejak 2025.
Transcript
00:00Polis berjaya menumpaskan kegiatan pecah kedai dan premis secara bersiri menerusi Ope Catch Box dengan penahanan seorang lelaki gelandangan warga
00:08tempatan berusia 44 tahun.
00:11Ketua Polis Daerah Wangsemaju Senior Assistant Commissioner Muhammad Lazim Ismail berkata, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Wangsemaju melalui bagian
00:19D4, hasil risikan yang dijalankan sejak Julai tahun lepas.
00:24Menurutnya, suspek yang direman selama tujuh hari itu dipercayai aktif melakukan jenayah pecah kedai serta melarikan petiwang tunai sejak 2025.
00:35Berdasarkan hasil risikan yang telah dijalankan oleh pihak polis, mendapati subjek terlibat 11 kes di Daerah Wangsemaju, 7 kes Daerah
00:45Dangwangi, 6 kes Daerah Ceras, 4 kes Daerah Sentul dan 2 kes di Daerah Brickfield.
00:53So, pihak polis juga percaya subjek ini juga terlibat di beberapa kontingen lain yang dikenalpasti.
01:01Hasil siasatan awal mendapati subjek terlibat 30 kes di Kuala Lumpur dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM59,546.
01:13Jelasnya lagi, suspek kembali aktif selepas menjalani hukuman penjara selama setahun atas kesalahan sama.
01:20Tambahnya polis turut percaya suspek mempunyai kaitan dengan beberapa kes lain di kontingen berbeza yang masih dalam siasatan.
01:27Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended