Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Langkah ini sekali gus membuka laluan untuk jeneral berusia 69 tahun itu berundur bagi bertanding sebagai Presiden untuk negara tersebut.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Ketua Junta Myanmar Min Aung Hlaing secara rasmi melantik bekas Ketua Perisikan Myanmar Yi Win Wu sebagai Ketua
00:07Junta Myanmar yang baru pada Isnin.
00:10Ini membuka laluan untuk Min Aung Hlaing berundur bagi bertanding sebagai presiden untuk negara tersebut.
00:18General berusia 69 tahun yang telah memimpin Angkatan Tentera Myanmar sejak 2011 itu antara dua individu yang dinamakan sebagai calon
00:27naik presiden oleh ahli parlimen dari Dewan Rakyat yang baru dibentuk.
00:32Dewan Negara turut akan mencalonkan seorang lagi calon naik presiden dengan kedua-dua Dewan dijangka memilih presiden daripada tiga calon
00:38tersebut dalam satu undian seterusnya.
00:41Tarik undian bagaimanapun masih belum diumumkan.
00:44Langkah itu menyusul selepas pilihan raya kontroversi yang diadakan ketika konflik berterusan pada Desember dan Januari yang dimenangi oleh parti
00:53pro-tentera Union Solidarity and Development Party, USDP.
00:57Namun mereka dikecam luas sebagai tidak sah oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu dan banyak negara barat.
01:04Myanmar terus bergolak sejak rampasan kuasa pada 2021 apabila pihak tentera menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik,
01:12pimpinan pemenang hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi.
Comments

Recommended