00:00Baik, musim bunga kali ini membawa sentuhan luar biasa ke Itali.
00:04Apabila sebuah taman di tengah kota seakan-akan bertukar wajah menjadi Jepun.
00:09Central Lake Park di Rome diserbu ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang
00:13menyaksikan bunga sakura mekar sepenuhnya, mencipta pemandangan yang lembut, romantis dan memukau.
00:23Pokok-pokok sakura yang dihadiahkan oleh Jepun pada tahun 1959 sebagai simbol persahabatan
00:30kini menjadi warisan hidup yang terus menghubungkan dua budaya.
00:33Setiap tahun ia bukan sekadar tarikan visual malah menghidupkan tradisi hanami
00:38iaitu amalan menghargai keindahan bunga yang cukup signifikan dalam budaya Jepun.
00:43Di bawah kanopi bunga yang berkembang mekar, suasana bertukar santai dan penuh warna.
01:14fenomena ini membuktikan keindahan alam mampu merentas sempadan geografi dan budaya.
01:19Di Tokyo, lokasi seperti Wiener Park saban tahun dipenuhi pengunjung untuk menimati hanami
01:25apabila taman itu diselaputi hamparan sakura berwarna merah jambu dan putih.
01:30Kini keajaiban yang sama dapat dirasai di Rome.
Comments